VIP

Daisypath Anniversary tickers

2 June 2015

4 HARI DI KAJANG...tak puas wehhhh.....

ASSALAMUALAIKUM &SALAM 1 MALAYSIA SAYANG2 SEKALIAN..
ADA MASA TERLUANG NI DUDUK2 SAMBIL UPDATE BLOG PUN OKEY GAK KAN...DAH DEKAT BERKULAT BLOG AKU SEPI SUNYI TANPA ENTRY2 TERBARU...TUAN TANAH SIBUK BERNIAGA LAAAA....
SEJAK 4 BULAN ALLYNA MENJALANKAN PERNIAGAAN UNCLE BO CAFE DI SUNGAI TIRAM JOHOR,TERASA RINDU MEMBUAK2 NAK BALIK KAJANG...SATU NYA RINDU KAT ANAK2 BUAH KESAYANGAN...KEBETULAN KAKAK KEPADA BIRAS SAYA ADAKAN WEDDING KAT PRESCOTT HOTEL KAJANG SO AMBIK LA PELUANG BALIK KAJANG..KEDAI?..TUTUP LA UNTUK BEBERAPA HARI...KAJANG!!!...I'M BACK....

MAKA KAMI HADIRLAH KE WEDDING SITI AISYAH & HAZIQ PADA 30JUN TU HARI...MAKANAN MEMANG SEDAP2 MAVELLOUS KO...NAK TAMBAH NASI MALU...SELAMAT PENGANTIN BARU ASHA & HAZIQ..
LEPAS TU HABISKAN MASA MELAYAN FAMILY2 KAJANG KONONNYE LAME LA TAK JUMPE KAN..LEPAS RINDU KAT ANAK2 BUAH AKU...REEZ & AIRISH TAPI SAYANG TAK JUMPA MEK SERA,KANDAR & AMOI MIA...COZ DORG BALIK KAMPUNG JERANTUT...HUHUHU...RINDU BUDAK2 TU...
KEMUDIAN KAMI LUANGKAN MASA BERBOWLING BERSAMA ADIK2 IPAR N BIRAS2..BOWLING KAT METRO POINT KAJANG JEK...SAJE NK TUNJUK POWER WALAUPUN AKU TAK TERROR MAIN BOWLING NI...HAHAHA...
YANG PALING BEST KAT SINI DAPAT MAKAN MASAKAN MAK MERTUA..BEST WOOO...MAK MERTUA I MASAK MEMANG SEDAP2...JILAT JARI GITU...EHHH...KAK IPAR I PUN ADE BUAT DONUT JUGAK..DONUT COKLAT GITU..SEDAPPPPP.....

TERKEDEK2 AIRISH BERJALAN...CUTE SANGAT DENGAN RAMBUT TONCIT DUA DIE TU...

REEZ GEDIK!
APEPUN 4 HARI KAT KAJANG MEMANG TAK CUKUP..KALAU BOLEH SEBULAN KAT SINI KAN..KAN..KAN...DAH TIBA MASA KAMI LAKI BINI KENE BALIK JB..TUNGGU RAYA NANTI KAMI PULUN KETUPAT RENDANG PUAS2 HUH...BYE2 KAJANG!!!...





25 January 2015

JOM PAKAT RAMAI-RAMAI KE UNCLE BO CAFE...


ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA KAWAN-KAWAN...
PERNAH RASA BURRITO TAK?..APA TU BURRITO EHHH.....KALAU TAK PERNAH RASA JOM PAKAT RAMAI-RAMAI SERANG UNCLE BO CAFE YANG BAKAL DIBUKA 28JAN 2015...DUA HARI JE LAGI....
KAT MANE?..BERLOKASI DI BATU 16 KAMPUNG SUNGAI TIRAM,ULU TIRAM JOHOR....BETUL-BETUL TEPI JALAN NAAAAA.....SELAIN TU ADA JUGA MENU WESTERN SAMPINGAN SEPERTI CHICKEN CHOP,BURGER UNCLE BO,ROTI JOHN DAN LAIN-LAIN LAGI MENU ISTIMEWA...AIR MINUMAN DI UNCLE BO CAFE PUN LAIN DARI YANG LAIN...RUGI TAK CUBA...
UNCLE BO CAFE NI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI HARI ISNIN JE TUTUP..MULA NIAGA JAM 5PM HINGGALAH 2AM...KALAU ADE YANG TAK JUMPA LOKASI UNCLE BO CAFE NI NO TELEPON UNCLE BO 012-6912181...
JANGAN LUPA YE KALAU SINGGAH ULU TIRAM SINGGAH LA KE UNCLE BO CAFE KITA LEPAK SANTAI-SANTAI K....JUMPA LAGI KAWAN-KAWAN....

27 December 2014

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2014

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT...

SELAMAT KEMBALI KE BLOG MOCHA COLA ALLYNA YANG DAH LAMA BENAR ALLYNA TINGGALKAN...TAHU-TAHU JEK UPDATE STATUS SELAMAT TINGGAL TAHUN 2014...TERPINGA-PINGA SEKEJAP KAN..HEHEHE...

KALAU IKUTKAN TAHUN 2014 NI ALLYNA TAKDE UPDATE APE CERITA PUN KAT BLOG NI KAN...BUSY TERAMAT KOT (KE BUAT2 BUSY..HAHAHA).APEPUN WELCOME 2015 YANG BAKAL HADIR SIKIT HARI JEK LAGI...SEBELUM TU TAKZIAH BUAT MANGSA2 BANJIR YANG MELANDA NEGARA KITA TAHUN NI KHUSUSNYA DI NEGERI KELANTAN,TERENGGANU DAN KAWASAN2 BERKENAAN...SEMOGA SEGALA DOA KITA SEMUA DIPERMUDAHKAN OLEHNYA..AMIN..

HAH..CERITA PASAL 2014 NI BAGI ALLYNA MENINGGALKAN BANYAK RIBUAN KISAH DAN SEJARAH YANG TAKKAN TERPADAM DALAM DIARY HIDUP ALLYNA.DIMANA ALLYNA'S KITCHEN BARU TERCIPTA DENGAN KELAHIRAN KUIH MUIH,KEK,BISKUT DAN SEBAGAINYA MEMBUAT ALLYNA BANGGA DENGAN PERNIAGAAN KECIL-KECILAN YANG DIJALANKAN SETERUSNYA ALLYNA BERJAYA MELANGKAH KE DUNIA BAZAR-BAZAR JUGA...ALHAMDULILLAH RESEPI KAMI 'BURRITO' MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN..

KEMUDIAN MUNCUL PULA SAHABAT-SAHABAT ALUMNI SMK ULU TIRAM YANG DIKENALI SEBAGAI OYSTER84 TERDIRI DARI BEKAS PELAJAR TINGKATAN 5 SMK ULU TIRAM.GENG OYSTER84 BANYAK MENGAJAR ERTI NILAI PERSAHABATAN,KASIH SAYANG,PERKONGSIAN RESEPI,MASALAH DIRI SERTA PELBAGAI ISU-ISU SEMASA..RIBUAN TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN OYSTER84..SAYANG KAMU SEMUA!..


TAK LAMA LEPAS TU HADIR LA PULA DUA INSAN YANG AKU SAYANG IAITU DALIANA BINTI DAHLAN & FARHANA BINTI MOHD SALLEH.HAAAAA...MEREKA NI LAH SAHABAT SUKA DUKA SAYA SEPANJANG 2014 NI..MEREKA LA YANG TEMPAT ALLYNA BERKONGSI SEGALA KISAH-KISAH GEMBIRA,SEDIH,DUKA DAN SEBAGAINYA...GADUH??..KAWAN BAIK MANE YANG TAK PERNAH BERGADUH TAPI KAMI GADUH SELALU MANJE-MANJE JEK...HAHAHA...KALAU SETAKAT BERGURAU TU JANGAN CAKAP LA...BOLEH MENANGIS WO KECIK HATI..TAPI KAMI TAK PERNAH AMBIK HATI PUN..BAGI KAMI ITULAH ASAM GARAM DALAM BERKAWAN..DOA ALLYNA BUAT DUA ORANG BIRAH KESAYANGAN SAYA NI..."AKU SAYANG KORANG SANGAT2..SEMOGA IMPIAN YG KITA TANAM BERSAMA INSHAALLAH ALLAH MAKBULKAN.AMIN...."


BUAT SUAMIKU ENDY IRWAN BIN AB RAHMAN YANG TERSAYANG...TERIMA KASIH MELAYAN ISTERIMU YANG BANYAK SONGEH NI DAN KUAT MAKAN NI...HAHAHA...SAMPAI NAIK DARAH TINGGI KO SEBAB NIKMATI MAKANAN ENAK-ENAK SELALU..HAHAHA...BUAT FAMILY DI JOHOR SERTA DI KAJANG..KAMU SEMUA MEMANG KELUARGA YANG TERBAIK DIDUNIA DAN AKHIRAT..SEMOGA KAMU SEMUA SENTIASA DIRAHMATI OLEHNYA..
BUAT ARWAH EMAK...ANAKMU SENTIASA MERINDUIMU..INSHAALLAH SELAGI ANAKMU BERNAFAS SELAGI ITULAH DOA ANAKMU KIRIMKAN..SEMOGA ROH EMAK SENTIASA DICUCURI RAHMAT..AMIN..TAK LUPA JUGA SELAMAT DATANG KEPADA EMAK TIRI SAYA SERTA ADIK2 TIRI SAYA...TERIMA KASIH TERIMA FAMILYKU...

TAK LUPA JUGA SAHABAT-SAHABAT CNN SDJ,SAHABAT-SAHABAT JAAFAREAN SDJ JB,SAHABAT-SAHABAT CARREFOUR DAN SAHABAT-SAHABAT DIFACEBOOK,TWITTER,BLOG,WHATSAPP DAN INSTAGRAM...SAYANG KAMU KERANA SENTIASA SUPPORT ME DAN SENTIASA MEMBERI SEMANGAT KEPADA ALLYNA SEPANJANG TAHUN 2014...

KALAU NAK SEBUT SEMUA KENANGAN 2014 MEMANG TAK ABIS SAMPAI ESOK PAGI WEHHHHH.....HAHAHA...SALAH SILAP SELAMA KITA BERSAMA HARAP DIMAAFKAN..SEMOGA TAHUN 2015 SERTA TAHUN-TAHUN MENDATANG KITA LEBIH DILIMPAHI KEBAHAGIAN SERTA KASIH SAYANG BERSAMA....JUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN YE..PEACE!




24 April 2013

ISTIMEWA UNTUK SAHABAT

friend word photo: friend big_4921110.gif





SAHABAT,
IZINKAN AKU MENGISI MASA HARIANMU,
DENGAN SATU BINGKISAN,
LAHIR DARI HATI YANG SEPI,
TATKALA FIKIRAN MELAYANG JAUH,
MEMANGGIL KEMBALI KE MASA LALU,
WAKTU KITA BERSAMA,
MELAKAR AWAN DAN MEWARNAI PELANGI,
MASIHKAH KAU INGAT SAHABAT?...

SAHABAT,
MASIHKU SIMPAN SEMUA POTRET KENANGAN,
SAAT KITA BERGELAK DAN MENANGIS BERSAMA,
BERGURAU SENDA MENCUIT RASA,
TANPA KITA TERFIKIR MASA AKAN TIBA,
YANG KEJAM MEMISAHKAN KITA SEMUA,
PERNAHKAH KAU MERASA SAHABAT?...

SAHABAT,
DETIK PANTAS BERLARI,
KITA LANTAS SALING BERJAUHAN,
MENUJU KEHIDUPAN MENCITA KEJAYAAN,
SEHINGGA LUPA BERTANYA KHABAR,
DIMANA KAMU SAHABAT?..
INGATKAH KAMU PADA DIRIKU?...
ATAU AKU YANG SEMAKIN LEKA
SEHINGGA LUPA DENGAN JANJI KITA..

SAHABAT,
SELAGI AKU BERDIRI DI BUMI TUHAN,
SELAGI  TERDAYA AKU MENGINGAT SEMUA,
TAKKAN TERPADAM WAJAH TULUS SAHABATKU,
SETIAP DOAKU TIDAK TERHAPUS NAMAMU,
AGAR KEBAHAGIAN SENTIASA MENGIRINGI,
INSHA ALLAH SAHABAT...

SAHABAT,
ANDAI TERHENTI NAFASKU NANTI,
JANGAN MUDAH MENYALAHI TAKDIR ILLAHI,
WALAUPUN PERTEMUAN KITA TERPUTUS DISINI,
NAMUNKU MENANTI DENGAN PENUH SEJATI,
AGAR DISANA KITA BERTEMU KEMBALI,
MENERUSKAN HIDUP YANG ABADI....



nukilanku untuk sahabat2 cnn yang amat2 dirindui....
* SITI HABSAH BINTI MOHD KHALID
* EZA FAZLINDA BINTI MOHD NOR
* SITI NOOR FAREHA BINTI MAYANG
* SITI NORHAFIZAH BINTI SULAIMAN
* NORFARHANA BINTI MASKAM
* RAJA NURISFAHANI BINTI RAJA MUSA
* NOOR RIHANA BINTI NA'AIM



coretan,
siti allina binti hashim
12.16am
25april2013
kuala terengganu

20 April 2013

BERAKHIR SUDAH PEMBIKINAN DRAMA 'HANBOK UNTUK HANIS'...

     BERAKHIR SUDAH ARTIS2 DAN KREW2 MENGGUNAKAN RUMAH ALLYNA UNTUK PEMBIKINAN DRAMA BEREPISOD IAITU 'HANBOK UNTUK HANIS'..WALAUPUN SEBELUM INI MEREKA JUGA MELAKUKAN PENGAMBARAN DI SEKITAR PANTAI BIDONG,MAIZAC CAR SHOWROOM,JETI,NAMUN PEMBIKINAN DRAMA DI RUMAH ALLYNA MENGAMBIL MASA YANG AGAK PANJANG IAITU DALAM SEPULUH HARI.
     INILAH PERTAMA KALI ALLYNA MENYAKSIKAN SENDIRI PEMBIKINAN DRAMA DIMANA KERJASAMA DARI GANDINGAN DIRECTOR,PARA ARTIS,PROPS,TEKNIKAL,JURUSOLEK DAN LAIN2 UNTUK MENGHASILKAN SATU DRAMA YANG TERBAIK UNTUK TONTONAN UMUM.BUKAN MUDAH SEBENARNYA MEMBIKIN SALAH SATU SCENE..(MAKLUMLAH SEBELUM NI TENGOK KAT TV JEK)..IANYA DILAKUKAN BERULANG KALI UNTUK MENDAPAT SATU BABAK YANG MEMUASKAN..ADA YANG SAMPAI BEKERJA SEHINGGA LEWAT PAGI...
     NAMUN BEGITU,MEREKA SEMUA PERAMAH DAN FRIENDLY WALAUPUN BARU PERTAMA KALI BERJUMPA.ALLYNA MEMANG TABIK SPRING PADA ARTIS2 OTAI YANG TERDIRI DARIPADA FADILAH MANSOR,WAN HANAFI SU,MAHMUD ALI BASHA,SURIATI DAN KHATY AZIAN KERANA MEREKA MEMANG BENAR2 RAMAH.BEGITU JUGA HERO DRAMA INI IAITU ERUL AF9 DAN PELAKON2 BARU SEPERTI OSHIN,FARISHA DAN JIA MEREKA JUGA TIDAK KURANG RAMAHNYA.
     SO TAK SABAR LA NAK TENGOK DRAMA TERSEBUT DITAYANGKAN..ANYWAYS GOOD LUCK FOR ARTIS2 N KREW2 SEMUA.ALLYNA HARAP DAPAT LA BERJUMPA LAGI DAN ALWAYS KEEP IN TOUCH!..
Gambar: with @fadilahmansor in drama #hanbokuntukhanis

Gambar: Reez tunjuk gaya k-pop yg btul pada @erul_ex ...he3...

Gambar: Cantek tak dagu lapis kak tun..wahahahaha...

Gambar: kacau khaty azian tengah hafal skrip....

12 April 2013

KENTANG MENCANTIKKAN KULIT

potato photo: potato potato.jpg



     TAHUKAH ANDA,KENTANG BOLEH MENCANTIKKAN KULIT?...VITAMIN C DAN B KOMPLEKS,MINERAL SEPERTI POTASIUM,FOSFORUS DAN ZINK YANG TERKANDUNG DIDALAM KENTANG SANGAT BAIK UNTUK KULIT.
      KENTANG MENTAH YANG DILECEK DAN DICAMNPURKAN DENGAN MADU SESUAI DIJADIKAN PUPUR WAJAH.IA MEMBANTU MENYEMBUHKAN JERAWAT PADA KULIT.KULIT MELECUR JUGA BOLEH DILEGAKAN DENGAN MENYAPU PUPUR INI DAN CEPAT PULA SEMBUHNYA...

24 October 2012

AL-KISAH LADA KERING

SALAM KAWAN-KAWAN...AL-KISAH LADA KERING...NI ALLYNA BUKAN NAK CERITA PASAL MASAK MEMASAK...TAPI NAK CERITA PASAL ZAMAN PERSEKOLAHAN DULU...MAKLUM LAH ZAMAN KANAK-KANAK ADALAH ZAMAN YANG PALING SERONOK...LAGI-LAGI BILA TIME SEKOLAH TU,CIKGU TAK MASUK KELAS...WAHHHH....MACAM DI SYURGA...HAHAHA....
SO NAK CERITA PASAL LADA KERING NI,MASA TU ALLYNA DALAM DARJAH 4.CIKGU PLAK X MASUK KELAS.JADI MACAM-MACAM LA GOSIP,GAME,PERANGAI KAWAN-KAWAN NI....KEBETULAN ALLYNA DUDUK 1 GROUP DENGAN KAWAN BERBANGSA CINA DAN INDIA,IAITU LOW CHEE HOCK DAN RAJESHWARAN....KITORANG PUN PLAN NAK MAIN-MAIN BERNIAGA KEDAI RUNCIT....
SI RAJES BERLAKON SEBAGAI TOKEY KEDAI DAN MEMINTA CHEE HOCK JADI PEMBANTU DAN SAYA SEBAGAI PEMBELI....CHEE HOCK MENGGUNTING KERTAS-KERTAS KECIL DAN MENULIS BARANG-BARANG YANG MAHU DIJUAL.....CHEE HOCK MENULIS SATU PERSATU...BAWANG,LADA KERING,BERAS,IKAN BILIS DAN LAIN-LAIN...
TIBA MASA NAK MULA PERMAINAN,BERMULALAH LAKONAN KAMI.......

RAJESH          : SELAMAT DATANG KE KEDAI RUNCIT RAJESH.

SAYA             : TOKEY RAJESH,SAYA NAK BELI BERAS DAN LADA KERING.

RAJESH          : OKEY...CHEE HOCK KASI BERAS SAMA LADA KERING!!!!....

CHEE HOCK : MAU LADA KELING BELAPA KILO?...(DENGAN LOGHAT PELAT CINA)

RAJESH          : HEI KAU BOLEH SEBUT BETUL-BETUL KE?...

CHEE HOCK : SAYA SEBUT BETUL MAAA...LADA KELING...

RAJESH         : BUKAN LADA KELING LA...LADA KERING!!!....KERING...KERING!!!...

CHEE HOCK : KELING...

HAH...BERGADUH LA PULAK DIORANG LEPAS TU...ALLYNA PUN TERDIAM JELA SEBAB TAK TAHU NAK CAKAP APE LAGI DAH.....PERMAINAN TERUS TERHENTI KAT SITU...SEHARIAN SI RAJESH DENGAN CHEE HOCK TAK BERTEGUR...HAHAHAHA....SALAH SIAPA YE?.....


15 September 2012

NOAH?.....SIAPA MEREKA?....

ITULAH PERSOALAN YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN BILA ORANG RAMAI MEMPERKATAKAN TENTANG NOAH...ALLYNA PUN TERTANYA-TANYA SIAPA NOAH NI?...BAND BARU KER?..MANA ASAL MEREKA?...PULAK TU ADA LAGU MEREKA PULAK KAT YOUTUBE IAITU SEPARUH AKU,PUISI ADINDA DAN LAIN-LAIN...
TAPI KAN BILA ALLYNA SEARCH LAGU NOAH NI DAN LAYAN...EH2...MACAM KENAL LA MAMAT-MAMAT DALAM VIDEO NI...ARGHHH!!!!...KENAPA LA AKU LAMBAT SANGAT KENAL TENTANG BAND NOAH NI....HAHAHA....
SO BILA KAJI MENGKAJI,RUPANYA NOAH ADALAH KUMPULAN LAMA PETERPAN.PETERPAN?....YANG VOKALIS DIA ARIEL TU?...YELA SIAPA LAGI...SO KENAPA BERTUKAR NAMA PULAK?...DAN ANGGOTANYA MASIH SAMA JUGA KE?...
SUMBER YANG ALLYNA DAPAT TAHU RUPANYA NAMA NI DARI SAAT PEMBEBASAN ARIEL DARI TIRAI BESI...MAKA PERTEMUAN ANGGOTA BAND PETERPAN YANG LAMA SATU PER SATU MEMBUATKAN MEREKA MENUBUHKAN NOAH DAN MEREKA MEMBUAT PERJANJIAN YANG NAMA PETERPAN TIDAK AKAN DIPAKAI LAGI...
BERMAKNA ANGGOTA LAMA PETERPAN YANG TERDIRI DARI UKI,DAVID,LUKMAN,REZA SERTA VOKALISNYA ARIEL MASIH BERSATU DAN BERMULA SEMULA DENGAN NAMA NOAH YANG BERMAKNA MUZIK MEREKA SATU WARNA....
OWHHHH...MACAM TU RUPANYA...BARU LAH TAHU...

                        
ERMMM..SEDAP JUGAK LAGU NOAH NI...SEPARUH AKU...BOLEH LA LAYAN...SO KALAU NAK TENGOK GAMBAR-GAMBAR TERBARU BAND NOAH...JOM CHECK IT OUT!!!






11 September 2012

OH IBU OH BAPA.....


ASSALAMUALAIKUM....
ENTRY ALLYNA INI ADALAH SALAH SATU UNTUK MENGUBAT KERINDUAN ALLYNA PADA IBU BAPA ALLYNA YANG BERADA DI JOHOR.RINDU SANGAT-SANGAT PADA MEREKA...SIAPA YANG TAK SAYANG IBU BAPA...SEMUA SAYANG IBU BAPA TETAPI BERGANTUNG KEPADA SITUASI KEHIDUPAN MASING-MASING.ADA YANG SANGGUP MENJAGA IBU BAPA SEWAKTU MEREKA SAKIT,ADA YANG SAYANG IBU BAPA WALAUPUN MEREKA SUDAH TIADA DI DUNIA INI DAN TIDAK KURANG JUGA ADA YANG MELETAK IBU BAPA DI RUMAH ORANG-ORANG TUA ATAU MEMBIARKAN MEREKA BERGELANDANGAN DI MERATA-RATA TEMPAT....NAUZUBILLAH....
BERCAKAP MENGENAI IBU BAPA,CUBA KITA KENANG KEMBALI BETAPA PAYAHNYA IBU BAPA KITA DALAM MEMBESARKAN KITA SEHINGGA MENJADI INSAN YANG BERGUNA.ATAS NAMA CINTA LAH TERLAHIRNYA KITA SEMUA DI DUNIA INI.
BAYANGKANLAH SEORANG IBU MENGANDUNG 9 BULAN,MELAHIRKAN SEHINGGA ADA IBU YANG MENEMUI AJAL SEWAKTU MELAHIRKAN,KEMUDIAN MEMBESARKAN KITA,MENGASUH,MENJAGA KITA SIANG DAN MALAM.BEGITU JUGA PERANAN BAPA DIMANA SANGGUP MENYENGKANG MATA,MEMERAH KERINGAT DAN MEMBANTING TULANG SEMATA-MATA UNTUK SESUAP NASI UNTUK SI ANAK. SERTA BERSAMA-SAMA MENEMANI IBU SAAT-SAAT SI ANAK KURANG SIHAT....


NAMUN,ADAKAH SEMUA JASA INI TERBALAS OLEH KITA?...MAMPUKAH KITA MENJAGA PULA IBU BAPA BILA MEREKA SUDAH TUA?....
PERSOALAN INILAH YANG SERING KITA DENGAR DIMANA 'SEORANG IBU BOLEH MENJAGA TUJUH ANAK TETAPI TUJUH ANAK TIADA SEORANG PUN YANG MAMPU MENJAGA SEORANG IBU....' BENARKAH?..FIKIRKANLAH.....
ADAKAH RUMAH ORANG TUA ITU TEMPAT TERBAIK UNTUK IBU BAPA MEREKA YANG SUDAH TUA?...TERBEKALKAH KASIH SAYANG SEBAGAI ANAK BILA MEREKA DI RUMAH TERSEBUT?....TERFIKIRKAH KITA PADA ANAK-ANAK KITA PULA?...ADAKAH MEREKA PULA YANG AKAN  MELETAKKAN KITA DITEMPAT YANG SAMA SEPERTI MANA KITA MELETAKKAN IBU BAPA KITA?...


TIDAK KURANG JUGA TERDAPAT ANAK-ANAK YANG SUDAH MENEMUI KEJAYAAN,KEKAYAAN HIDUP SERTA SUDAH BERUMAHTANGGA KEMUDIAN MENJADIKAN IBU BAPA MEREKA SEBAGAI ORANG GAJI.SEGALA TANGGUNGJAWAB RUMAHTANGGA HARUSKAH DILAKUKAN OLEH IBU DAN BAPA?...HARUSKAH MENJADIKAN SI IBU TUKANG MASAK SERTA SI BAPA MEMBASUH PAKAIAN TERMASUK PAKAIAN DALAM ANAK-ANAK YANG SUDAH BERKAHWIN?....
TIDAK KURANG JUGA MENENGKING IBU BAPA JIKA MAKANAN TIDAK SEDAP,PAKAIAN TIDAK BERBASUH SERTA KEMAHUAN TIDAK DIPENUHI WALAUPUN SUDAH BERKAHWIN?.....DIMANA LETAKNYA MASA-MASA REHAT SI IBU DAN BAPA SAAT-SAAT MENITI AKHIR USIA MEREKA?.....


KADANGKALA SI ANAK YANG MEMENTINGKAN SUAMI ATAU ISTERI,SANGGUP MENGHALAU IBU BAPA SENDIRI DARI RUMAH...KERANA BAGI MEREKA MENJAGA IBU BAPA SEBAGAI SATU BEBANAN...SEHINGGA IBU ATAU BAPA HIDUP BERKELIARAN DENGAN MEMINTA SEDEKAH,TIDUR DI KAKI LIMA KEDAI-KEDAI TANPA BERALAS APA-APA DAN YANG PALING TERUK IBU BAPA TERSEBUT MENEMUI AJAL KERANA BERKELIARAN DI MERATA-RATA TANPA TEMPAT BERLINDUNG ATAU DIRAGUT.....



ASTAUFIRULLAH AL-AZIM...JAUHKAN KEJADIAN-KEJADIAN TERSEBUT DARI KEHIDUPAN ALLYNA.INSYAALLAH SELAGI HAYAT IBU BAPA ALLYNA SENTIASA MENJAGA HATI MEREKA...SEMOGA ANDA SEMUA PUN BEGITU...INSYAALLAH...
OLEH ITU,SELALULAH KITA BERDOA PADA KESEJAHTERAAN MEREKA....


APAPUN ALLYNA BETUL-BETUL HORMAT PADA MEREKA YANG BENAR-BENAR MENYAYANGI IBU BAPA MEREKA DI DUNIA DAN AKHIRAT.SANGGUP TIDAK TIDUR MENJAGA IBU BAPA YANG SAKIT.MALAH SANGGUP MENCUCI NAJIS SI IBU DAN BAPA...BETAPA SOLEH & SOLEHAH SEANDAINYA SI ANAK BERBUAT SEDEMIKIAN....
HARGAILAH IBU BAPA ANDA SELAGI MEREKA MASIH HIDUP.BERBAKTILAH PADA MEREKA SELAGI MEREKA MASIH ADA.SAYANGILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGI KAMU DARI BAYI HINGGA DEWASA.PELIHARALAH PERIBADI IBU BAPA KAMU SEPERTIMANA KAMU MENJAGA AGAMAMU.PANDANGLAH WAJAH IBU DAN BAPAMU SEPERTI KAMU MEMANDANG AL-QURAN....

1 September 2012

APA ADA PADA UBAT ANTIBIOTIK


 SETIAP KALI BILA KE KLINIK,DOKTOR AKAN  BERI  PELBAGAI JENIS UBAT-UBATAN TERMASUK UBAT ANTIBIOTIK.ADA ANTARA KITA YANG HANYA TAHU MENGAMBIL UBATAN  TERSEBUT MENGIKUT ATURAN YANG DITETAPKAN OLEH  PIHAK DOKTOR TETAPI TIDAK TAHU APA ADA PADA UBAT ANTIBIOTIK.
ANTIBIOTIK MERUPAKAN SEJENIS SEBATIAN KIMIA YANG DIGUNAKAN UNTUK MELAWAN JANGKITAN MIKROORGANISMA SEPERTI KUMAN DAN BAKTERIA.
SEMUA JENIS UBAT ANTIBIOTIK PERLU DIMAKAN SEHINGGA HABIS UNTUK MEMASTIKAN SEMUA MIKROORGANISMA YANG MENYEBABKAN PENYAKIT YANG TELAH DIBUNUH UNTUK MENGELAKKAN TERDAPAT MIKROORGANISMA YANG AKAN IMUN KEPADA ANTIBIOTIK TERSEBUT.
TERDAPAT LEBIH 100 JENIS ANTIBIOTIK PADA MASA KINI DIANTARANYA PENISILIN,STREPTOMISIN,TETRACYCLINE DAN SEBAGAINYA.
PENISILIN ADALAH SEJENIS ANTIBIOTIK YANG SANGAT MUJARAB DAN TELAH BANYAK MENYELAMATKAN NYAWA MANUSIA DARI PENYAKIT-PENYAKIT BERJANGKIT TETAPI JARANG SEKALI TERDAPAT INDIVIDU YANG ALAH ATAU ELERGIK KEPADA SUNTIKAN PENISILIN HINGGA MEMBAWA MAUT.DOKTOR SELALUNYA AKAN MENYOAL PESAKIT SAMA ADA DIA PERNAH MENGALAMI ALAHAN ATAU PENYAKIT-PENYAKIT ALAHAN SEPERTI LELAH.SATU SUNTIKAN UJIAN (TEST DOSE) AKAN DIBERI SEBELUM PESAKIT DISUNTIK DENGAN DOS PENISILIN SEPENUHNYA.
STREPTOMISIN MERUPAKAN SEJENIS UBAT ANTIBIOTIK DARI KELAS AMINOGLIKOSIDA.IA MERUPAKAN SEJENIS ANTIBIOTIK YANG KUAT UNTUK MEMBUNUH KUMAN YANG MENYEBABKAN PENYAKIT SEPERTI TUBERKULOSIS (BATUK KERING),PNEUMONIA (JANGKITAN PARU-PARU),DISENTRI (PERADANGAN USUS) DAN SEBAGAINYA.STREPTOMISIN JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PESTISID UNTUK MELAWAN PERKEMBANGAN BAKTERIA,FUNGUS DAN ALGA.
SATU LAGI JENIS ANTIBIOTIK IALAH TETRACYCLINE YANG BIASA DIGUNAKAN BAGI RAWATAN ORANG DEWASA YANG MENGHIDAP JANGKITAN BAKTERIA.UBAT INI TIDAK SESUAI DIGUNAKAN OLEH KANAK-KANAK KERANA BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUNINGAN GIGI YANG TIDAK BOLEH HILANG.

12 August 2012

NAK UCAP SELAMAT HARI RAYE NIE.....




PEJAM CELIK PEJAM CELIK DAH NAK ABIS PUASA DAH...MAKA DATANG LAH SYAWAL YANG DINANTI-NANTI UNTUK DIRAIKAN BERSAMA KELUARGA DAN SANAK SAUDARA...TAK LAMA DAH...5 HARI LAGI KOT...
SO NAK STORY PASAL RAYA NI,KEMUNGKINAN BESAR ALLYNA TAK DAPAT NAK RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA-SAMA KELUARGA DI JOHOR PASAL HUSBAND ALLYNA TAK DAPAT CUTI RAYE....SEDIHHHHH WOOO.........FIRST TIME RAYE DI PERANTAUAN NI...
KADANG-KADANG DENGAR LAGU RAYE NAK MENANGIS PUN ADE...NK BUAT LAGU MANO KAN...BUAT MAK ABAH & ADIK BERADIK & IPAR...JANGAN SEDIH-SEDIH TAW... KAKAK X DAPAT BERAYE BERSAMA...(AKU YANG MENITIS AIRMATA KAT SINI..) SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN....
DARI TERENGGANU NI ALLYNA SAMPAIKAN LAGU BUAT FAMILY DAN SANAK SAUDARA ESPECIALLY BUAT ATUK,NENEK & WAK KARIM FAMILY KAT SIMPANG RENGGAM,MAKCIK PAKCIK SEMUA KAT MUAR,SEPUPU SEPAPAT KAT MUAR ESPECIALLY SHEILA,FAHMI,KAK FARAH,KAK ELIS,ANGAH,SHIMA,ANJE,SERI,KAK AZIE,ZALI,SHIDI,AIN,LIZA,ICAM,ABG TAHIR,SUHADA,HANS,ERIC,MAN,ABOI DAN LAIN2 PASAL NAK TULIS BANYAK2 MEMANG X ABIS...(MAKLUMLAH SEPUPU RAMAI....)...SELAMAT HARI RAYE TUK KORANG YE...MAKAN KETUPAT LEMANG JANGAN LUPE KAT AKU!!!....
LAST SEKALI BUAT KAWAN-KAWAN KAT JOHOR....SELAMAT HARI RAYE TUK KORANG...TERUTAMANYA MEMBER2 CNN HABSAH,EZA,RAJE,FARA,FIEZA,NORIN & FAREHA...BUAT KAWAN2 SEKOLAH DATO JAAFAR SDJ,KAWAN2 SMKUT ULU TIRAM, KAWAN2 YANG STAY KAT ULU TIRAM & RAKAN2 FACEBOOK,TWITTER & BLOGGER2.... .....SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI....


5 August 2012

EPAL HIJAU KURANGKAN PANIK

SEKIRANYA U ALL MENGALAMI MASALAH DARAH GEMURUH ATAU PANIK APABILA BERADA DALAM SESUATU SITUASI,TIP TERBAIK UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN ADALAH DENGAN MENGHIDU BAU BUAH EPAL HIJAU.
HASIL DR.ALAN HIRSH DALAM KAJIANNYA 'PAKAR  KESIHATAN MANUSIA'
MENGATAKAN BAU EPAL HIJAU DAPAT MEMBANTU MEMBERIKAN KETENANGAN KEPADA SESEORANG.

31 July 2012

BILA DAH ADA ANAK BUAH....


ASSALAMUALAIKUM...
HAI SELAMAT BERPUASA KAWAN2 YANG SUDI SINGGAH BLOG SAYA HARI NI...
FIRSTLY NAK U ALL MESTI TENGOK GAMBAR ALLYNA DENGAN BEBY KAN...JENG...JENG..JENG...INILAH ANAK BUAH ALLYNA...MOHAMMAD ADAM MUKHREEZ BIN MOHD AMIR (REEZ)....REEZ LAHIR PADA 20 JUN 2012...
BY THE WAY,REEZ PANGGIL ALLYNA IBU...(KECIK2 PANDAI KE PANGGIL?...)
SO IBU ALLYNA SANGAT2 LA SAYANG REEZ SAMPAI PHOTO KAT HANDPHONE 90% GAMBAR REEZ...


SEKARANG NI REEZ BARU JEK BERCUKUR RAMBUT...SO DAH JADI BUDAK BOTAK YANG CUTE....HEHEHE...
APEPUN ALLYNA BELUM ADE REZEKI MENIMANG CAHAYA MATA,DAPAT TUMPANG KASIH PADA ANAK BUAH PUN JADI LA...ADE JUGAK BUDAK PANGGIL ALLYNA   IBU...IBU...

16 July 2012

KHASIAT LABU

LABU JUGA MERUPAKAN SALAH SATU SAYURAN YANG MEMPUNYAI VITAMIN A DAN VITAMIN C YANG PALING TINGGI DALAM ISINYA.LABU YANG BERASAL DARI KELUARGA CUCURBITACEACE DIKATAKAN DAPAT MENGIMBANGI DARAH DALAM BADAN KITA.LABU JUGA DAPAT MENGURANGAN KERABUNAN MATA PADA TERUTAMA WAKTU MALAM.
SELAIN VITAMIN A DAN VITAMIN C,LABU JUGA MEMPUNYAI KALSIUM,FOSFORUS,ZAT BESI,BETA KAROTIN DAN SERAT.KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH JABATAN PERTANIAN AMERIKA SYARIKAT (USDA) MENYATAKAN SUMBER SERAT DAN FIBER YANG TINGGI DIDALAM LABU TURUT BERFUNGSI MENGAWAL NAFSU MAKAN.
DALAM BUKU 'VEGETABLE FOR HEALTH AND HEALING' HASIL NUKILAN ONG HEAN CHOOI,ISI LABU YANG DIREBUS DIKATAKAN BAIK UNTUK MERAWAT TEKANAN DARAH TINGGI DAN PENYAKIT KUNING.

19 June 2012

NANANANANA...GANU KITA...

SALAM KAWAN2...
SEJAK DUA MENJAK NI ALLYNA XDE ENTRY BARU NAK UPDATE PASAL ALLYNA SEKARANG BERADA DI KUALA TERENGGANU...ADE KEJE SIKIT...SAMBIL TU NYANYI2 SIKIT LAGU SALEEM IKLIM....NANANANANA GANU KITA...HAHAHA...
SO NAK HIGHLIGHT OF THE STORY PUN TAKDE LA STORY BEST2 NAK DIKONGSI PASAL ALLYNA BELUM BERJALAN-JALAN DI BANDAR TERENGGANU NI...SO TAKDE LA PHOTO-PHOTO TERBARU YE...
MAYBE DALAM 2-3 HARI KALAU ALLYNA BERPOSING-POSING DI TERENGGANU NANTI ALLYNA BOLEH SHARING-SHARING GAMBAR TERBARU DI TERENGGANU.
BUAT MASA NI ALLYNA DAH 3 KALI KE TERENGGANU.BEST TEMPAT NI...BANYAK TEMPAT PERLANCONGAN YANG KITA BOLEH LAWATI...TAPI YANG PALING BEST DAPAT MAKAN KEROPOK LEKOR & NASI DAGANG TERENGGANU.SEDAP WOOO....
ANYWAYS JOM LA KITA CUTI2 MALAYSIA YE....
SELAMAT MALAM....

14 June 2012

CEGAH STROKE DENGAN BROKOLI


BROKOLI ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN BRASSICA OLERACEA DALAM BAHASA LATIN BUKAN HANYA DAPAT MENCEGAH BEBERAPA JENIS KANSER,TETAPI JUGA DAPAT MENCEGAH STROKE.
BROKOLI MEMPUNYAI PERSENYAWAAN HEBAT YANG BOLEH MEMBUNUH BAKTERIA PENYEBAB KANSER DAN BISUL.PERSENYAWAAN YANG DIPANGGIL 'SULFORAPHANE' INI DIKATAKAN DAPAT MENGHAPUSKAN KESAN BAKTERIA YANG KEBAL ANTIBODINYA.SELAIN ITU KAJIAN JUGA MENDAPATI BROKOLI MAMPU MENCEGAH SERANGAN PENYAKIT JANTUNG.
JADI,JANGAN LUPA UNTUK MEMASUKKAN BROKOLI DALAM MENU HARIAN ANDA.