VIP

Daisypath Anniversary tickers

8 September 2011

~ JOM KE DAPUR ~ < MEE UDANG >

             MEE UDANG

Bahan-bahan:
1kg mee kuning
300gm udang
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar petis
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
keledek/ubi kentang - direbus dan dilenyek halus untuk memekatkan kuah (optional)
taugeh secukupnya
sawi secukupnya
daun bawang dan bawang goreng secukupnya
garam dan gula secukup rasa


Bahan2 kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 inci halia


cara2:


  • rebus udang sehingga masak
  • tapiskan udang dan asingkan
  • air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk membuat kuah
  • panaskan minyak
  • tumiskan cili kisar sehingga garing
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi sehingga garing
  • kemudian masukkan air rebusan udang tadi dan renihkan sehingga mendidih
  • masukkan pula sos tomato, sos cili dan petis
  • kacaukan rata dan renihkan lagi kuah
  • letakkan keledek/ubi kentang yang telah dilenyek tadi untuk memekatkan kuah
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • renihkan kuah dengan api yang kecil kerana semakin lama direnih semakin sedap kuahnya
  • celurkan mee, sawi dan taugeh dan kemudian letakkan ke dalam mangkuk
  • letakkan udang ke atasnya dan tuangkan kuah
  • taburkan daun bawang dan bawang goreng
  • hidangkan panas2


ALLYNA -----> SENANG & SEDAP......


No comments:

Post a Comment