VIP

31 October 2011

~JOM GELAK2~ < KANTOI >

KANTOI....
Kassim ni amat lah tergila-gilakan Nora anak Pak Haji Mamat. Nora nie boleh lah tahan cun nya. Kassim ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Mamat bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Kassim ini pandai berlakon, depan Pak Haji Mamat dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Kassim tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Mamat masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Kassim dan Nora pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Mamat pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Kassim dan Nora pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Kassim tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Mamat. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Nora.

Maka, Pak Haji Mamat pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Kassim pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Mamat pun menegur menantunya Si Kassim tadi, "Hai Sim kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Kassim Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Mamat. Si Nora tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Kassim ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...



2 comments:

  1. ~tue la berlakon lagi len kali..hehe :)

    ReplyDelete
  2. melampaula kassim ni... sembahyang pun tatau...

    ReplyDelete