VIP

17 November 2011

~ JOM GELAK2 ~ < LIF >

LIF


Minah datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.
Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Minah akan menginap.

Minah mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Minah melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.


"Encik, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!..."

"
Puan, kita belum sampai bilik puan.kita masih di dalam lif.." jawab pelayan tu selamber...





No comments:

Post a Comment