VIP

29 January 2012

LAGU AWAN NANO JUARA AJL 26


MERIAH SUNGGUH STADIUM BUKIT JALIL DENGAN ADANYA MAJLIS ANUGERAH JUARA LAGU KE 26 (AJL 26) YANG CUKUP BERPRESTIJ PADA MALAM SEMALAM 29 JANUARI 2012.PEMBUKAAN AJL DENGAN PERSEMBAHAN HEBAT DARI RAJA POP JAMAL ABDILLAH,OTAI ROCK AWIE DAN RATU JAZZ SHEILA MAJID.
PERSEMBAHAN DARI FINALIST2 AJL 26 AMAT MEMUASKAN.ANTARANYA PERSEMBAHAN ALYAH DENGAN HIASAN PENTAS SEPERTI KOTAK MUZIK DAN ALYAH BERLAKON SEPERTI PATUNG SERTA DENGAN KEHADIRAN ROMEO MALAYA IAITU REMY ISHAK,MENGAMATKAN AJL 26, ALYAH MERANGKUL PERSEMBAHAN TERBAIK DENGAN LAGU KISAH HATI PADA MALAM TERSEBUT.
PERSEMBAHAN HAFIZ DENGAN HANYA MENGENAKAN BAJU T-SHIRT DAN SELUAR SUKAN SERTA KELUNAKAN SUARA EMAS HAFIZ DENGAN LAGU AWAN NANO CIPTAAN M.NASIR DAN BUDI HEKAYAT,SEKALIGUS HAFIZ DINOBATKAN JUARA AJL 26 DAN VOKAL TERBAIK.TAHNIAH HAFIZ..
.

LAGU NAIB JUARA ADALAH GANDINGAN HEBAT 3 SUARA NING BAIZURA,JACLYN DAN SHILA HAMZAH TIDAK KURANG HEBATNYA DENGAN LAGU BERIBU SESALAN.
TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH FAIZAL TAHIR DENGAN LAGU KARMA OLEH CIPTAAN BELIAU SENDIRI DAN AUDI MOK.
EDRY HALIM JUGA MENERIMA ANUGERAH JUARA MOBILE DARI PENAJA AJL 26 IATU CELCOM DENGAN LAGU CIPTAAN BELIAU SEDETIK LEBIH.
ARTIS JEMPUTAN JUGA TIDAK KURANG HEBAT PADA MALAM AJL 26 APABILA MEMBERI PENGHORMATAN PADA ARWAH DATO' SUDIRMAN HJ ARSHAD.LAGU BASIKAL TUA,BALIK KAMPUNG,CHOW KIT ROAD SERTA SALAM TERAKHIR DISAMPAIKAN OLEH PENYANYI BLACK,HAZAMA DAN AZLAN SERTA DINYANYIKAN OLEH SEMUA HADIRIN YANG HADIR PADA MALAM AJL26.

1 comment:

  1. tak da objection..oklah Awan Nano menang AJL, result pon ok jek.cuma tak suka Faizal Tahir menang..hahaha

    ReplyDelete