VIP

Daisypath Anniversary tickers

14 March 2012

CONGKAK


   
  CONGKAK salah satu permainan tradisional yang semakin dilupai oleh masyarakat melayu pada masa kini.Ini kerana terdapat pelbagai jenis permainan yang berteknologi canggih membuatkan segelintir masyarakat melayu tidak tahu apa itu congkak.
     Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

     Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

     Terdapat juga beberapa jenis congkak yang selalu kita temui serta jarang kita temui....
papan congkak

papan congkak lama

papan congkak pendek
SEJARAH CONGKAK.
     Menurut sumber tertentu,permainan congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh (NATIONAL GEOGRAPHIC) menjumpai kepingan batu kapor yang mempunyaidua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke asia melalui pedagang-pedagang Arab.
  Apabila ia mula merebak ke tanah melayu pada ketika itu, Melaka menjadi pusat  perdagangan yang sangat terkenal dan berpengaruh (lebih kurang ibu negara, teringat pulak subjek sejarah walaupun ngam2 soi jer result sejarah nih). Permainan ini mula berkembang ketika di zaman kesultanan melaka pada abad 15, dimainkan oleh puteri-puteri, dan juga dayang-dayang istana.
CARA-CARA BERMAIN CONGKAK.
a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

No comments:

Post a Comment