VIP

9 September 2011

~ JOM KEPOH2 ~ < SARIMAH & JOHAN RL >


Sarimah Ibrahim & Johan Raja Lawak Bersatu Sebagai DJ Baru Era FM ?



Sejak beberapa hari lepas, Allyna perasan akan tweet Sarimah Ibrahim tentang radio.
Pada mulanya Allyna ingatkan Sarimah Ibrahim hanya akan membuat kemunculan biasa di radio namun ini lebih besar.
Era FM nampaknya kini mempunyai satu program yang membawa masuk nama nama besar untuk menjadi DJ hujung minggu mereka. Idea yang menarik untuk menarik pendengar.
Melalui tweet terbaru Sarimah Ibrahim, beliau akan ke udara bermula esok di Era FM bersama Johan Raja Lawak dan Reza Mohamad.
Namun kenyataan tidak rasmi dari Era FM melalui Facebook mereka slot empat jam bermula 7 pagi Sabtu ini hanya akan melibatkan Sarimah Ibrahim & Johan Raja Lawak.
Ini bukan kali pertama Sarimah Ibrahim muncul sebagai deejay radio. Sekitar tahun 2009, Sarimah Ibrahim muncul sebagai penyampai untuk segmen Riuh Pagi ERA.
Allyna masih menanti siaran media rasmi dari pihak Era FM tentang berita ini untuk pengesahan. Anda yang masih setia mendengar radio, cuba cuba dengarkan Era FM esok pagi.

ALLYNA -----> TAK SABAR NK TUNGGU DORG KE UDARA DI ERA FM

No comments:

Post a Comment